Tuesday, October 25, 2011

CERPEN #1 : KISAH DIA


SILA BACA SAMBIL DENGAR LAGU NI UTK MEMPEROLEH FEELING YG LEBIH MENDALAM..HAHA


hari tu jatuh segala ego dia. dia penah berjanji xkan menangis hanya kerana mereka yg bernama lelaki. bodoh katanya..knpa perlu bazirkan air mata semata2 kerana mereka..namun hari tu semuanya berubah.. dia gagal pertahankan ape yg dia pegang selama ni. dia xmampu utk terus berkata pada diri sendiri.."bertahan lah hati..bertahanlah.." sungguh dia xmampu.semahu mahunya dia menangis malam itu.sendiri..xpunya kekuatan lagi nak bercerita kpd si sahabat..

malam itu dia xdpt lena..bermacam2 perkara berlegar2 di minda dia. patut dia terima. atau patut dia akhir kan nya sebelum hati kata jangan. dia buntu. semua ini terjadi gara2 kisah semalam..ye..tatkala si sahabat memulakan bicara tentang insan yg paling dia sayang. insan yg berjaya mencari kata laluan ke dalam hati dia. 

luluh hati dia mendengar bicara hari itu. mungkin pada yang lain, hal itu cuma hal yg kecil. hal yg peribadi. hal antara kau dan Tuhan mu. tapi hati dia betul2 tersentuh. sedih benar perasaan ketika itu.tapi ditahannya.. xperlu di alirkan air mata depan si sahabat..hati dia masih kuat lagi ketika itu..

dia tidak puas hati.mungkin bicara itu hanya khabar angin semata2. cerita yang tidak sahih lagi kebenaranya.. dia nekad. dia harus tahu kebenaranya. ditanya pada insan yg benar2 dia percaya. ya.itulah kebenaranya.. bertambah sedih hati dia. 

dia terlalu mengharap ape yg di hajatkan akan dia miliki. dia salah. dia terlalu mencari kesempurnaan sedangkan dirinya masih punya byk kesilapan. dia mengharapkan insan itu akan membimbing jalan hidupnya serta anak-anak nya kelak. dia lupa yg setiap insan boleh berubah. 

semalaman dia berfikir. akhirnya dia ketemu kata putus. hatinya telah tawar saat itu. dia redha. mungkin ini jalan yg terbaik. hadirnya insan itu sekadar ujian semata2.. hari itu tergerak hati nya utk bertemu Yang Maha Mengetahui di rumah-Nya. magrib kali itu sayu benar.usai solat, mata dia terpandang sepotong doa di papan putih. ringkas namun bermakna.terus melekat doa itu di mindanya.

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

saat itu hati dia berkata sendiri.seolah2 doa itu terlalu dekat dgn keadaan dirinya.dia cuma tersenyum. malam itu sesi usrah sesama jemaah muslimah sementara menynggu azan isyak berkumandang. dia ada di situ. tapi hati nya tidak. fikirannya entah kemana..jiwanya masih rawan lagi. tatkala tajuk dibentangkan malam itu, hatinya tersentak..soal 'Jodoh dan Cinta'

topic malam itu seolah2 untuk diri dia. setiap kata, setiap patah yg keluar kena pada dirinya.tepat. satu ayat yang benar2 terkesan pada diri dia saat itu. 'mengapa kita perlu tinggalkan orang yang kita patut bimbing, jangan pergi macam tu sahaja.setiap orang boleh berubah.'  si sahabat di sebelah memandang sambil tersenyum sambil mengusap lembut tangan.sempat lagi si sahabat berkata..'haa...dengar tu..' 

dia diam.xtahu utk berkata apa2 lagi..sungguh usrah malam tu buat dia berfikir dua kali..betul atau tidak jalan yg dia pilih ini..semua ini satu tanda atau satu ujian??pening dia memikirkannya..


*******************************

hari ini dia masih setia dgn insan itu.dia sedaya upaya menjaga hatinya,perbuatanya..dia tidak mahu seperti yg lain. bebas itu dan ini. dia berharap sekiranya insan ini yang akan menjadi ketua keluarganya kelak,dekatkan kami ya Allah dan sekiranya kehadiran insan ini sekadar ujian, redha kan hati kami ya Allah. kerana dia yakin Allah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambanya..:)





kisah ini tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun yg telah mati.harap maklum..:D





No comments:

Post a Comment